Da’wah | Motivation | Knowledge

Tentang

“NASEEHAT” merupakan satu platform dakwah dalam menyampaikan nasihat dan kebaikan agar anak muda semakin suka dengan kebaikan & agama. Naseehat akan menjadi brand tempatan pilihan anak muda setanding dengan brand islamik atau tidak, di Malaysia bahkan di Asia Tenggara dengan melalui video di platform media sosial, penulisan, kelas agama, pakaian, serta jelajah ceramah ke sekolah, syarikat, institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Selain itu, mewujudkan ikon dakwah/motivasi baru yang akan menguasai platform islamik di Malaysia.

Tercetusnya idea ini adalah idea asal daripada pengasas sendiri iaitu seorang influencer terkenal yang dikenali sebagai Iddin Ramli. Mempunyai lebih kurang 1.7 juta untuk kedua dua Instagram dan juga Tiktok.

MISI

Membantu golongan muda khususnya untuk mendalami ilmu agama, nasihat dan kebaikan.

VISI

Menjadi brand Islamikster No 1 di Malaysia.

Harapan Iddin Ramli adalah Naseehat ini menjadi salah satu tempat rujukan anak muda untuk kembali dekat kepada agama dengan cara yang lebih santai dan berkesan. Diharapkan dengan usaha kecil ini akan menjadikan Islam semakin dipandang tinggi oleh semua masyarakat di seluruh negara dalam segala jenis aspek. InsyaAllah.

    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
      Calculate Shipping
      Apply Coupon