NASEEHAT merupakan sebuah platform dakwah yang membawa ilmu, nasihat dan nilai kebaikan melalui pendekatan yang santai, mudah difahami serta relevan dengan kehidupan semasa.
Diasaskan oleh Iddin Ramli, seorang influencer yang aktif di platform TikTok dan Instagram, Naseehat berkembang daripada usaha beliau dalam menyampaikan kandungan berkaitan agama, nasihat, motivasi dan kehidupan seharian. Dengan komuniti yang kini mencecah 2.8 juta pengikut merentasi kedua-dua platform, Iddin Ramli memanfaatkan platform digital sebagai medium untuk menyampaikan mesej kebaikan kepada masyarakat dengan cara yang lebih dekat dan mudah diterima.
Daripada usaha tersebut, Naseehat dibangunkan sebagai sebuah platform yang lebih menyeluruh melalui kandungan digital, penulisan, kelas agama, produk serta pelbagai program dan aktiviti dakwah.
Naseehat turut berusaha memperluaskan manfaat dan mesej kebaikan kepada lebih ramai masyarakat di Malaysia dan Asia Tenggara, dengan menjadikan media digital sebagai salah satu medium utama dalam menyampaikan ilmu dan dakwah.
MISI
Membantu generasi muda mendalami ilmu agama dan membudayakan kebaikan melalui pendekatan yang mudah, santai dan relevan.
VISI
Menjadi jenama Islamik pilihan utama masyarakat di Malaysia.